CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 16 September 2013

cara menguruskan duit ketika belajar

sekarang saya nak share macam mana hendak menguruskan duit ketika belajar supaya ibu ayah kita tidak mengeluarkan duit 1 sen pun.

Bagi adik - adik yang sekarang menduduki SPM,STPM,STAM, dan tahun akhir DIPLOMA belajarlah bersungguh - sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, untuk memohon biasiswa bukan pinjaman.

Bagi yang mempunyai cuti yang panjang ambiklah peluang ini untuk berkerja dimana sahaja dan mohon jangan memilih sangat peluang yang kerja selagi tidak membataskan syariat islam ,duit gaji yang dapat simpan untuk keperluan ketika masuk alam universiti nanti.menimba pengalaman berkerja daripada tidak tahu apa - apa kita menjadi tahu .Ilmu yang sedikit kita ada berkembang dengan bergaul dengan orang yang lebih tua,kadang-kadang orang yang lebih tua lebih rasa garam dulu,kita sebagai orang muda cuba rapatkan hubungan dengan orang yang lebih tua korek - korek rahsia mereka yang berjaya dalam hidup ,tidak rugi jika kita berbaik dan cuba rapat dengan mereka ,cuba adik - adik duduk dirumah tidak buat apa - apa hanya makan,tidur,melayari internet dan hanya terperap duduk dirumah umur adik yang masih muda dan gagah dibasirkan macam itu sahaja.Gunakan masa muda kita yang  masih kuat  ini untuk  berkerja memberi idea.Insya Allah adik - adik akan berjaya.

kebiasaanya sebelum masuk sem baru diuniversiti pelbagai perkara yang perlu dibeli .

1.Duit untuk  buku
2.Duit makanan seharian
3.Duit yuran belajar
4.Duit yuran asrama/rumah  sewa
5.Duit untuk gadjet baru
6.Duit alat tulis baru.


Tak akan kita nak sentiasa meminta duit daripada ibu ayah kita cuba berdikari bagaimana nak tambah pendapatan.

Sebagai pelajar pelbagai perkara boleh buat untuk tambah pendapatan yang tidak menganggu waktu belajar kita.

contoh berniaga part time dihujung minggu,jual makanan ke bilik - bilik,jadi pengedar roti di cafe,
jual topup, 

Selamat menimba ilmu,belajar bersungguh - sungguh ,insyaAllah adik - adik akan berjaya .

Tanamkan niat nak banggakan ibu ayah dengan keputusan kita .Buktikan kepada semua kita mampu berjaya dan jadi pakar dalam setiap bidang yang kita ambik.Insya Allah.