CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 14 December 2012

Hotel Tanjung Vista

Assalamualaikum ....

Dah lama tak singgah sini.Kali nie saya nak cerita pasal saya ada kursus guru Di Hotel Tanjung Vista kuala Terengganu  selama 3 minggu.Saya rasa diantara banyak - banyak saya kursus ini adalah diantara kursus yang paling lama saya sertai.Cikgu - cikgu yang lain time cuti sekolah sibuk pergi holiday kita sibuk berkursus.

Apa - apapun kena betulkan niat dahulu ikhlaskan diri  ,kalau tidak memang sia - sia datang berkursus.



Ini bilik kami dapat dua orang satu bilik.Alhamdulilah dapat bilik menghadap ke pantai...hari - hari boleh tengok sunset.











Nie view yang boleh tengok daripada bilik kami tingkap 7.















malam - malam kalau tak ada aktivti kami 1 kelas datang sini dekat tingkat 4.










cikgu Ain sedang mencuba mengangkat tapi gagal 








kolam renang yang hanya berada disebelahan.

Overall hotel nie okeylah ..wifi masa minggu pertama okylah...laju jer tapi bila masuk minggu kedua ketiga jadi KO  balik...line jadi lembab.

kalau makanan pulak disebabkan saya duduk dekat sini 3 minggu saya boleh hafal menu dyer terutama menu breakfest dan makan malam.

Biasanya kalau saya pergi hotel ada sediakan pelbagai jenis menu breakfest.
Tapi daripada segi kemudahan tiptop lah hotel tanjung vista nie.Semua okey,cuma daripada segi makanan agak rasa jemu.




Friday 26 October 2012

Salam Baitullah

Salam hari raya Aidiladha buat semua umat Islam yang sambut hari raya Aidiladha,jugak buat Umi ayah yang sekarang berada dibumi Arafah menunaikan haji rukun Islam yang ke lima.Moga diberikan haji mabru dan juga kesihatan yang baik .






.

umi & ayah 



tapi bila saya nak sampai dekat sana .kadang - kadang bila dengar lagu haji tetiba mengalir air mata ,hati nie macam meronta - ronta sangat nak pergi
* jadi tetamu Allah
*nak ziarah makam Rasullulah

dan tahun ini saya sambut hari raya Adiladha hanya berempat bersama  adik - adik saya.Abang & kakak semua x dapat balik ,Bangun pagi dah kelam kabut masak  untuk adik - adik.masak yang sangat mudah dan simple iaitu sphattegi cheese ,tapi x sampai tengah hari dah habis licin.sedap ler tue .Dan terima kasih kepada mak cik - mak cik  yang hantar makanan macam - macam jenis ketupat,lemang dan nasi dagang memang kami adik beradik x kebulur lah .




adik bongsu 11 years old 








betulkan tudung adik terlebih dahulu .







kami bertiga 





salam adiladha 




p/s :
1.3Minggu lagi umi ayah nak balik 
2.Jom  doakan saya dapat pergi umrah Ramadhan tahun depan .


dengar tau

Saturday 20 October 2012

Allah sentuhlah hati kami ini

   Bila hati tersentuh ,waktu paling indah untuk mengadu kepada Rabb.
   Sentuhlah hati kami Ya Allah! semoga hati kami sentiasa basah mengingatimu!

   

Saturday 13 October 2012

3 Kali Fatimah tolak lamaran


Ini saya kongsi 1 sirah yang saya ambil daripada 1 blog sahabat saya mengisahkan Fatimah puteri nabi Muhammad Saw yang pernah menolak 3 lamaran daripada pemuda yang hebat sebab dyer sudah jatuh cinta dekat seseorang .



♥Ali Bin Abi talib waktu itu ingin melamar Fatimah, puteri nabi Muhammad SAW. Tapi karena dia tidak mempunyai wang untuk membeli mahar, maka ia membatalkan niat itu. Ali segera berhijrah untuk bekerja dan mengumpulkan wang. Pada saat Ali sedang bekerja keras, ia mendengar khabar kalau Abu Bakar ternyata melamar Fatimah. Wah, bagaimana agaknya perasaan Ali, wanita yang sudah dia inginkan dilamar oleh seseorang yang ilmu agama nya lebih hebat dari dia. Tetapii Ali tetap bekerja dengan giat. Lalu setelah beberapa lama Ali mendengar kabar kalau lamaran Abu Bakar kepada Fatimah ditolak. Ali terpegun dan sedikit bergembira tentunya, kata Ali 

“waah, saya masih punya kesempatan ”.

 Setelah mendengar khabar itu, Ali bekerja lebih giat lagi agar cepat mengumpulkan uang dan segera melamar Fatimah. Tapi tak lama setelah itu, Ali mendengar khabar kalau Umar Bin Khatab melamar Fatimah. Wah, sekali lagi Ali mendahulukan orang lain, bagaimana perasaanya? Tapi tak berapa lama Ali mendengar kalau lamaran Umar bin Khatab ditolak. betapa senangnya Ali, mendengar kabar itu.

 Tapi tak lama kesenangan itu kembali pudar Karena terdengar khabar lagi, ternyata Usman bin Affan melamar Fatimah. ini sudah yang ketiga kalinya, kata Ali

 “mungkin kali ini diterima. Kalaulah Usman tidak melamar Fatimah secepat ini, InsyaAllah tidak lama lagi saya akan melamar Fatimah, tapi , apa hendak dikata , adakah mahu mengalah Dan sekali lagi, tidak berapa lama dari itu, khabar ditolaknya lamaran Usman bin Affan pun terdengar lagi, betapa bahagianya Ali. Semangat Ali untuk melamar Fatimah pun berkobar lagi, dan semangat itu didukung oleh sahabat2 Ali. Kata sahabat nya

 “pergilah Ali, lamar Fatimah sekarang, tunggu apa lagi?? kamu kan sudah bekerja keras selama ini, kamu juga sudah mengumpulkan harta dan cukup untuk membeli mahar. tunggu apa lagi??? Tunggu yang ke4 kalinya??? baik cepat!!!” Dengan segera Ali memeberanikan diri untuk menghadap ke Nabi Muhammad S.W.T dengan tujuan melamar Fatimah, dan sahabat2 nak tau??? 


LAMARANNYA DITERIMA!!! 

Oh rupanya : ternyata memang dari dulu Fatimah sudah mempunyai perasaan dengan Ali dan menunggu Ali untuk melamarnya. Begitu juga dengan Ali, dari dulu dia juga sudah mempunyai perasaan dengan Fatimah,. Tapi mereka berdua sabar menyembunyikan perasaan itu sampai saat nya tiba, sampai saatnya ijab Kabul disahkan . Wah..wah.. mereka hebat yaaa (harus kita contohi, sahabat-sahabat ). Walaupun Ali sudah merasakan kekecewaan 3 kali mendahulukan orang lain, akhirnya kekecewaan itu terbayar juga. Yup, sekali lagi, kata-kata ini pasti akan muncul dalam benak sahabat2 

 “Jodoh memang tidak kemana” ,

dari cerita itu, lebih memperjelas lagi kan bahwa “Cinta itu, mengambil kesempatan , atau mempersilakan yang lain” Cinta adalah hal fitrah yang tentu saja dimiliki oleh setiap orang,namun bagaimanakah membingkai perasaan tersebut agar bukan Cinta yang mengendalikan Diri kita, Tetapi Diri kita yang mengendalikan Cinta. Mungkin cukup sulit menemukan teladan dalam hal tersebut disekitar kita saat ini. Walaupun bukan tidak ada.. barangkali, kita saja yang tidak mengetahuinya. 


Dan inilah kisah dari Khalifah ke-4, Suami dari Putri kesayangan Rasulullah tentang membingkai perasaan dan Bertanggung jawab akan perasaan tersebut “Bukan janj-janji” Dan ’Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan sahabat2nya tapi Nabi berkeras agar ia membayar bakinya Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti. ’Ali adalah gentleman sejati., “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!” Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan.

 Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fathimah berkata kepada ‘Ali,

 “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata,

 “kalau begitu mengapa engkau mau menikah denganku? dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fathimah berkata,

 “Ya, karana pemuda itu adalah Dirimu” 

 Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang,

 "Puteriku, maukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

 Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya. Cerita ini adalah dikisahkan menurut penceritaan yang mudah untuk difahami,insyaAllah tegurlah ana jika ada yang tidak benar... "Jika kamu memelihara dirimu daripada sesuatu perkara yang haram kerana allah diatas wanita kesukaanmu kerana banyak bersabar ,

 insyaAllah hanya dengan izin Allah akan menghalalkannya kepada mu atas kesabaranmu kerana Allah"♥




oops ! gambar nie tiada mengena saja .Moga mereka berbahagia Amin ~ comel gambar nie 

Pelajar sentiasa melihat contoh didepan .

Salam ...

tetiba saya rasa nak kongi 1 kisah yang agak lucu bila saya kenangkan balik pengalaman menjadi seorang guru.

time tue tengahari pelajar - pelajar saya  dengan berdisiplin beratur untuk mengambil makanan.1 Barisan pelajar lelaki dan 1 barisan pelajar perempuan.Dan kalau guru biasalah ada tempat guru sendiri untuk makan,waktu tue  sangat lapar sebab saya tak makan pagi ,saya mengambil  buah sambil makan berdiri ..tetiba

pelajar 1: cikgu khalilah makan berdiri x baiklah
saya      : oops ! minta maaf cikgu terlupa padaha buah epal x masuk mulut  ( cepat - cepat cari 1 benda
               yang boleh cover balik)
             



saya cari kerusi terus duduk ~ lepas tue ambil nasi ceduk lauk tertentu terus makan





pelajar 2 : cikgu khalilah x baca doa pun makan
saya       : aish cikgu dah baca doalah dalam hati ~ tapi saya x cakap macam tuelah dekat pelajar saya sebab  
                saya tahu diorang masih budak lagi .saya pun baca doa makan secara  kuat bagi meraikan diorang
                tegur saya  dan bagi diorang dengar bahawa saya baca doa .ADUYAI MACAM - MACAM

















kan dah kena .nie setiap hari time perhimpunan cikgu  duk pesan pok pek ..pok pek kat depan setiap pelajar kalau nak makan mesti duduk ,dan baca doa sebelum makan .kali nie  dush ..dush ..dush kena atas batang hidung sendiri.



cantikan kantin sekolah berwarna - warni ^ ^


Wednesday 10 October 2012

sanah helwa sista

Hari nie besday satu - satunya kakak saya yang ada dan yang saya sayang  ~  Tahniah k.dah Moga selepas ini dimurahkan rezeki ,dan impian awak nak jadi seorang pensyarah menjadi kenyataan .









time my sista tunang tahun 2009 












time akad nikah 2010 










time sambut menantu my sista n her husband 










and now she has the handsome  boy Akif Zharfan ~ september 2012










cepatnya masa berlalu ,dulu zaman semua anak dara lebih - lebih lagi time cuti sekolah  selalu guling - guling atas katil sambil buat gossip dan ceciter macam - macam then bila gelak kuat - kuat ayah pasti marah.

~ sungguh sangat rindu zaman dulu .Sebab sekarang sangat susah nak berjumpa.




saya kena tipu

Pengalaman yang lalu mengajar kita supaya lebih berhati - hati .




2 hari lepas saya dapat sms untuk datang interview sambung belajar daripada upu ,dan menjadi teka - teki bagi saya + pelik **** sbb $%$% 
dan hari ini bila saya pergi interview itu saya rasa seolah - olah saya ditipu.dan saya siap mintak cuti lagi hari ini semata - mata untuk interview tue.


tapi saya percaya dengan kata - kata ini cuma perlu berusaha lagi 

Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka...








Friday 5 October 2012

Tangki Air kereta kering

Baru - baru nie hantar umi Ayah pergi Haji ,alhamdulilah umi ayah naik di Airport sultan Mahmud bukan DiKLIA dan memudahkan kami adik beradik untuk menghantar Umi Ayah.Lebih kurang 4 buah kereta bertolak,jadi kami adik- beradik berbincang untuk breakfast dirumah mak saudara kami digong badak.Terima kasih mak sue sediakan breafast yang super duper sedap.Ada nasi lemak ayam goreng ,spagheti slurpp sedap lah pulak .



Waktu dirumah mak saudara abang saya minta tukar kereta jadi saya terpaksa bawak kereta lain.Baru keluar 3 minit keluar rumah mak su tetiba saya tengok temperature kereta naik .Aduh mula risau sikit sebab jalan semakin jem dah lah dalam kereta penuh dengan anak saudara kecil + mak saudara + k.ipar  tetapi saya cuba cool sebab jarak antara rumah mak su dengan airport dalam 500 meter.Aduh masa nie lah kereta buat hal.Saya nampak kereta abang saya pergi sebelah kiri tempat turunkan jemaah haji .

lepas tue kereta abang & kakak saya yang lain menghala sebelah kanan tempat parking .Time nak cari parking dahlah jalan jem jalan macam  semut saya tengok temperature hampir merah terus saya matikan enjin takut lah jugak tetiba enjin kereta meletup dahlah ramai budak - budak dalam kereta.Asap mula berkepul dekat enjin saya mintak adik saya duduk sebelah panggil kakak saya duduk dihadapan tolong  tengok  kereta saya.

Alhamdulilah kereta belakang tak bising ..kakak saya cuba start balik kereta dan  letak kereta ditempat double  parking  .Saya pulak terus call my abang beritahu situasi keadaan sebenar dan mintak diorang jangan beritahu umi ayah tak nak bagi mereka risau.

Kebetulan ada petugas yang sediakan makanan untuk waris keluarga yang menghantar jemaah haji  tawarkan diri untuk jaga kereta sementara nak bagi enjin kereta sejuk.Alhamdulilah ada orang sudi tolong.Lepas salam ,cium ,peluk dan menangis umi ayah ,kami adik beradik pergi ditempat lokasi kejadian.Bila buka bonet rupa - rupanya 2 tangki air kering memang patut pun enjin berasap, alhmadulilah penyakit tidak berjakit  ke bahagian komponen yang lain.Kalau tidak beratus duit melayang .Fuh! 

penat menunggu kereta siap dibaiki 

p/s - lepas ini kena pastikan kereta berada keadaan baik sebelum berjalan.


baru seminggu mereka berangkat 

One big family


my Family 
I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’

Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance


Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family

It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile

I care about you
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one

Tuesday 18 September 2012

i am cry





saya masih tertanya diri sendiri
apa makna semua ini 
kenapa Allah berikan dugaan ini kepada saya 
dan saya pernah terfikir 
macam mana saya nak teruskan hidup 

saya rasa dunia terlalu gelap bagi saya 

macam mana saya nak lupakan kepahitan ini 

dan macam mana saya nak menjawab pertanyaan orang ramai 

plez jangan tanya saya lagi pasal ini .





ya Allah dugaan apa engkau bagi kepada ku ini ..berikan kekuatan 



Saturday 25 August 2012

Apabila orang bertanya ..dah ada orang belum .


Bila usia begini normalah bila orang tanya dah ada orang ke  belum ? kalau x ada nak masuk meminang .
Soalan ini akan sentiasa berulang - ulang selagi kita tidak menikah.Bila dah menikah dah ada isi belum ?
Erm ...



Bila sebut perlu buat persediaan untuk bernikah, itu tidak bermakna menyuruh kamu menentukan SIAPA untuk menjadi pasangan hidup kamu nanti.

Yang penting pada melakukan persediaan bukanlah pada SIAPA pasangan kamu dan BILA masanya, tetapi kamu itu sendiri mahu rumah tangga kamu menjadi APA dan BAGAIMANA untuk ummat ini. Maka hendak membentuk rumah tangga menjadi APA dan BAGAIMANA itu, prosesnya b
ermula bukan waktu nak nikah nanti, tetapi bermula dari sekarang lagi. Dari sebelum kamu bernikah lagi.

Ramai orang yang syok-syok cakap tentang nikah. Bila orang lain sembang tentang nikah, dia pun nak sembang juga, tapi diri sendiri tak dibina dan dibaiki. Ada orang pula yang bila ditanya tentang persediaan nikah, katanya belum bersedia. Tak mahu bincang lagi. Belum sampai masalah.

Kena bezakan. Yang penting pada persediaan adalah antaranya kita berusaha membina dan membaiki diri, memperbaiki iman dan akhlak kita, berusaha memperbaiki cara hidup dan cara berfikir kita, dan pelbagai lagi.

Pokoknya, bersedia. Sebab kita bukan nak seronok-seronok nikah, tapi kita nak membina ummah. Nak hasilkan ummah yang baik, maka ia mesti bermula dari unit-unit kecil seperti kita ini. Kalau unit-unit kecil ini pun berterabur dan serabut, bagaimana mungkin dapat membina ummah yang baik?

Maka buatlah persediaan bermula sekarang. Jangan seronok sembang tentang cinta dan nikah saja, tapi kita pula melupakan persediaan dan pembinaan terhadap diri kita.



p/s:
1.saya banyak melihat 3 org abg  dan 1 kakak saya yang  dah berwalimah mengambil contoh mereka bagaimana mereka mendidik anak - anak mereka , pengurusan kewangan, masa & lain...semua nie kena belajar dan perlu ada persiapan dari sekarang terutama yang single ^^.

2.31/OGOS  nie  roadtax kereta dah tamat ,kereta pun nak kena service jugak ..bulan nie kena berjimat sikit.(x nak mintak duit dengan ayah.Cuba guna duit sendiri) 

Wednesday 22 August 2012

Rumah Pusaka



salam Aidilfitri 


saja nak cerita pasal rumah pusaka kami dekat pulau bahagia kalau dulu - dulu orang panggil tempat ini pulau babi then nak bagi nama temapat itu jadi lebih sopan jadi pulau bahagia gitulah menurut cerita ayah  .Dekat sinilah kampung ayah. Rumah hijau itu sebenarnya rumah tok wan saya sejak dia meninggal waktu itu  umur saya 11 tahun lebih kurang 10 tahun dulu ...wah raya baru - baru nie balik ziarah kampung tengok rumah tokwan sudah jadi macam nie sedihnya rasa.

Banyak barang rumah kena curi .

i       : Ayah kenapa x dok orang duduk rumah nie?

ayah : asalnya ayah mie (adik ayah yg jaga tok wan dulu ) dpt rumah nie ,tp disebabkan semua dah ada
         rumah sendiri x adalah org nak duduk rumah nie  lg pun rumah nie jauh dalam kampung ( jauh dr    bandar) .

i       :habis x kan x  cuba sewakan rumah dekat orang lain ke daripada kosong macam tue.

ayah :Dah sewakan dah tapi orang tue x bayar sewa rumah hampir  setahun bil air ,api pun x bayar ?

erm


kadang - kadang terfikir melihat masyarakat kini berlumba - berlumba membuat rumah cantik - cantik ,rumah siapa yang paling lawa ? selepas kita mati rumah itu sebagai apa ? apa  kata kita berlumba - lumba membina rumah siapa yang paling cantik diakhirat nanti .

p/s :post kali nie sebagai kenangan untuk anak cucu cicit


Monday 13 August 2012

Ramadhan terakhir kah














sedihnya rasa Ramadhan akan tinggalkan kita berapa hari sahaja lagi 
rasanya baru sahaja sambut bulan ramadhan yang penuh berkah ini 
bulan yang digandakan pahala .

saya teringat seorang guru pernah kata pada saya 
"jika kita x mampu buat perkara yang baik jangan buat maksiat" simple jer 
tapi bila kita ingat memang kita buat perkara yang baik jer .






Plez !jangan bazirkan ramadhan kita kali ini 
kutip sebanyak mungkin pahala yang  mungkin tidak dapat pada bulan -bulan yang lain.


P/s:
*Pecut maksima dalam beribadah dalam bulan Ramadhan 
*Hati - hati dijalan raya  yang pulang beraya dikampung ingatlah orang yang tersayang 

Tuesday 10 July 2012

Dapat Anugerah


Anugerah Pelajar terbaik Fakulti Pendidikan jatuh kepada 

Wan Khalidah Binti Wan Khadir *tudung kuning 

Tahniah Ida dapat anugerah pelajar terbaik ~ siap pesan  dekat ida lagi sebelum konvo ida mesti dapat anugerah kan sebab setiap  sem dapat 4flat. x  semua orang boleh dapat 4 flat setiap sem tapi awak  boleh. Tapi kan "awak mesti berterima kasih dekat saya jugak sebab kita 1 group segala kerja group kita buat bersama .hahaah 

Tapi nak ucap jgak dekat 

kawan saya seorang lagi Nor Syamimi Inani *tudung hitam  sebab dapat anugerah pelajar terbaik kos kami .
Kalu dulu - dulu bilik kami dekat 1 aras jer selalu bincang sama -sama walaupun bukan 1 class kami sangat rapat,sampaikan time kena micro @ makro teaching selalu takut &  duk berlatih seorang jadi cikgu seorang lagi jadi anak murid dekat tangga asrama sebelum bentang depan pensyarah.*tangga asrama pun jadilah  .
kadang - kadang  paksa roomates jadi anak murid kami .



kami bertiga memang rapat sebab kami 3 orang kena tempat pratikal yang sama nung disemenyih x dok orang nak duduk tempat tue.






kali pertama Mimi masuk class,kami 2 orang duduk belakang jadi guru besar hahaha .*Mimi siap tulis nama dyer lagi dekat papan hitam .



Mimi mengajar pelajar tahap 1 sesi pagi 
Saya dan ida pulak mengajar tahap 2  sesi petang 




sebahagian pelajar sy yang datang rumah sewa kami *sebelum Ramadhan tahun lepas 

hari - hari duduk pujuk ustazah nak datang rumah padahal rumah sebelah  jer rumah taman kan .
Pengalaman yang paling x lupakan masa nak abis pratikal 
anak murid semua siap  nangis  call lagi siang malam *jangan pindah ustazah hahaha 
sampaikan pagi sebelum kami bertolak balik kekampus hantar segala laporan dekat fakulti dengan keadan rumah yang bersepah dengan barang - barang yang x siap packing  datang pelajar dengan mak ayah dyer lagi nak bergambar dengan ustazah.*malu teramat lah dengan keadaan rumah time tue .

rasa kelakor pulak dengan budak - budak nie,tapi diorang memang baik sampai sekarang masih lagi contact dengan saya .


P/s:Ida N Mimi tahniah sekali lagi .Nie hadiah untuk awak berdua *sampai bila - bila pun jangan lupakan saya tau .

 


Monday 9 July 2012

Konvo




Alhamdulilah baru - baru nie saya baru jer konvo 
setelah berpenat lelah beberapa tahun akhirnya hutang dibayar .

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir,memberi hadiah bunga,buku terutama 
Umi Ayah dan 
untuk satu - satunya kakak yang saya ada 
zahidah khairunnisaa bersama keluarga 
dan adik - adik .
Turut bersama 
sahibah - sahibah yang meraikan hari bersejarah kami .



Alhamdulilah pergalaman kali pertama naik pentas konvo cukup mendebarkan takut terjatuh,silap langkah berjalan sebab semua mata mermerhatikan kita .

Tapikan saya sebenarnya hampir nak jatuh time nak naik tangga nasib sempat cover ..fuh!


yang paling tak tahan kakak saya & adik saya ketika nama saya disebut masa tue  diorang tengah shopping dekat tapak konvo then  
"erh...nama elah hahaha nanti cakap kat dyer kita dengar nama dyer jer "
"ceh !" 

bukan main sebelum nak masuk dewan nak tengok elah nak naik pentas tapi dekat skrin diluar.








                                                     Syukran Akif bagi hadiah dekat mak jang 









kesian dekat Akif tunggu mak jang lama - lama dekat luar dewan.bukan main action yerk 











Bersama sebahagian keluarga yang hadir.

bersidang waktu  petang agak rushing,sebab pukul 1.30 dah kena masuk dewan dengan perut yang tidak diisi + rushing nak balik trg malam itu jugak .Esok kan kerja pukul 5.00 keluar dewan ,5.45 terus balik ,2.30 pagi sampai dikuala terengganu .Esok mengajar didalam kelas agak mengantuk,Alhamdulilah anak murid memahami.




p/s: debaran 13 JULAI ini makin dirasai .Ya Allah



Tuesday 3 July 2012

Expo 1 dekad smakl




Assalamuailaikum w.b.t 

Alhamdulilah baru - baru nie saya sempat hadir ke Expo 1 Dekad Smakl bermula 28,29 30 Jun .Dah beberapa kali dah expo dah yang nie kali pertama saya join sebab sebelum - sebelum nie saya x sempat nak balik .

Rasa sangat gembira sebab expo kali nie ramai sangat yang hadir,macam - macam program telah diatur dan saya tak sangka Expo kali nie sangat meriah .


Dan paling best saya dapat turut sumbang tenaga dalam Expo kali nie.







salah satunya nie hah 

terserlah bakat kami malam tue ,kami buat persembahan *majlis makam malam ~ malam penutup Expo 1 Dekad 












hew ..hew .hew 

jangan percaya dengan gambar tue 
sebenarnya mana mungkin kami buat persembahan malu + segan kot 
tetamu dahlah hampir 1000 orang yang hadir 



tugas kami adalah sediakan 1000 doorgift utk tetamu yang hadir * yg nie rumah Mc nani jadi rumah urusetia 2 hari 1 malam kami berperang dgn doorgift , lepas tue kami jaga bahagian pendaftaran apa- apa masalah rujuk bahagian kami




 sebahagian pemudi Terengganu .


rasa seronok + gembira dapat berkerjasama dengan pemudi Terengganu ,kami sama - sama hias meja untuk 1000 orang tetamu ,check segala barang untuk majlis makan malam,kalau  dulu tidak kenal jadi makin kenal + rapat dah jadi macam adik beradik pulak pakai baju pun sama.Sampaikan orang kata ramainya anak dara *pemudi  Terengganu .


p/s: 
Paling best dapat jumpan Gen 2 > Afifah,Kham ,Faatihah,Rumaisa'
Syukran untuk K.Raihanah tumpangkan saya sebab takut bawa kereta seorang-seorang ,confirm balik lewat malam.
7.7 Hari konvo saya & tahniah untuk my bestfriend  dapat anugerah .
15.7 Menunggu keputusan antara hidup dan mati .*Moga Allah Makbulkan Amin .



YA ALLAH MUDAHKAN .
       

Monday 25 June 2012

kenduri kawin

   


gmbr diambil dr FB 
        




Hari bahagia zakirah 

tahniah kirah moga menjadi isteri yang solehah .

anyway kirah mmg cantik dulu mula - mula masuk kuliah first time tengok dyer*masa tue x kenal lg dyer 
wah ! cantiknya perempuan nie .









 K.mudah dgn k.umaina 







Tahniah k.mudah minta maaf sebab sampai lambat dan x sempat nak tolong apa - apa pun,dekat rumah saya pun ada kenduri.Anyway kenduri k.mudah sangat meriah, semua mak cik dan pak cik turun.






 video semasa malam akad nikah ! sangat meriah 






p/s:Catatan ini hanya untuk diri sendiri sahaja sebagai kenangan .














Thursday 21 June 2012

Hantu



"er hantu ... hantu tue ada dekat situ" , bapa mengacah anak - anak yang leka bermain didalam bilik.anak - anak lari keluar bilik bila disebut "hantu" takut kan hantu..Kesian anak - anak diracuni fikiran untuk takutkan hantu ,padahal anak - anak mungkin belum pernah tengok lagi hantu tetapi diberi bayangan negatif bahkan ibu bapa sendiri yang mengacah anak belum tentu sudah tengok hantu.

Asyik -asyik hantu ,Bagaimana dengan Allah

Awal pendidikan sudah diperkenalkan dengan hantu

"Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah.Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi ,Nasrani atau Majusi ..."(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim )

ibubapa kini begitu kreatif memperkenalkan anak - anak dengan hantu tapi bagaimana pula dengan tanggungjawab memperkenalkan dengan Allah.Jangan dirosakkan kesediaan anak - anak untuk mengimani Allah oleh ibu bapa sendiri digantikan dengan hantu .

Kan best kalau begini

 "Abi ,cikgu cakap,orang yang ingat Allah itu power.Syaitan tak dapat kalahkan dia .
"Eer....Abi takut Allah !kan lebih sedap dan fitrah bunyi tue.

Maka binalah kepercayaan anak - anak dengan kepada Allah sebagai tuhan dengan memupuk keyakinan mereka.Sesungguhnya  ,sikap ibu bapa yang lebih banyak menyebut hantu berbanding Allah kepada anak - anak kecil ,adalah perbuatan yang mendorong anak itu kepada yahudi,nasrani juga majusi.





p/s:Itulah penting memilih bakal ayah untuk anak - anak saya yang mempunyai kefahaman akidah tinggi  supaya anak - anak saya tidak terpesong akidah nanti.

Friday 15 June 2012

Impian



Subhanallah







                                    x salahkan kalau kita memasang impian 

                                  insyAllah akan kesana jugak suatu hari nanti 
    
teruja mendengar cerita daripada kawan - kawan yang baru sahaja menunaikan umrah disana.


Thursday 7 June 2012

Doa yang tidak dimakbulkan



Assalamuailaikum 

tentu hati kita sedihkan kalu apa yang kita minat ,hajat yang ditunggu selama ini tidak dapat 
TAPI tertentu ada hikmahnya kalu kita tidak dapat benda yang kita hajati .





















'ketahuilah sesungguhnya Allah tidak memakbulkan doa yang datang dari hati yang lalai '
(riwayat al-hakim dan at-tirmizi yg menghasankannya) 




Dan tertentunya saya tidak mahu doa yang terungkap ini dari hati alpa dan semestinya saya memaksudkannya dan saya mesti bersungguh - sungguh.