CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 9 April 2012

Berhadapan dengan pelajar yang bermasalah.

Sebagai seorang guru perkara yang paling merisaukan adalah pelajar yang bermasalah terutama pelajar yang bermasalah dalam akhlak tingkah laku, kini saya melihat realiti zaman sekarang guru lebih cenderung memikirkan masalah pelajar dalam akademik berbanding dalam akhlak.

ya! saya x kata masalah pelajar dalam akademik tidak perlu kuatir ,namun jika kita analisis lebih terperinci buat apa kita mendidik pelajar untuk cemerlang dalam akademik same time ada masalah dalam akhlak.If saya bagi pilihan kepada anda yang mana satu pilihan pelajar yang baik bagi anda.

a.Pelajar yang cemerlang tp akhlak teruk

b.Pelajar yang sederhana tp akhlak yang baik.

jawapan terletak kepada anda.namun sebagai seorang guru / pendidik seharusnya membaiki akhlak pelajar kita terlebih dahulu sebelum baiki akademik...

Kita seharusnya ingat pelajar kita adalah bakal pewaris untuk masa hadapan.



Berapa tips yang boleh saya kongsikan dengan anda ialah bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah pelajar .

1.Berbincang dengan ibu bapa pelajar.
Ibu bapa haruslah memberi kerjasama dalam mendidik anak - anaknya,ibu bapa hendaklah mengesan pergerakan yang tidak sihat dikalangan anak - anaknya.Balik sekolah pukul berapa .siapa nama kawan nya,dimana kawannya tinggal,apa aktiviti anak - anak selepas waktu persekolah.

saya ingin ceritakan seorang ibu pelajar saya ialah ,beliau telah kematian suami,namun beliau masih berusaha menghantar anaknya ke sekolah kami walaupun sekolah itu sekolah agama swasta ,daripada pandangan saya beliau bukanlah seorang yang bergaji besar,tidak pernah saya melihat beliau menghantar anaknya dengan kereta tetapi hanya dengan motosikal berbanding dengan pelajar saya lain dihantar oleh ibu bapanya yang berkereta mewah bahkan bertukar - tukar lagi .apa yang saya kagum beliau amat menitik beratkan pelajaran agama anaknya selepas waktu persekolah sekitar pukul 4,namun kebiasannya beliau ambil anaknya pukul 5 beliau hantar anaknya ketempat mengaji (baca Al-quran) malam pulak anaknya mengaji dengan beliau,kesannya anaknya cepat boleh membaca Al-Quran ,belajar dan akhlak pun terjaga.Pendidikan awal adalah perlu bermula dengan al-Quran dan mengenal Allah.

Mencegah lebih awal adalah yang terbaik.

2.Next tips akan datang.

No comments:

Post a Comment