CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 25 August 2012

Apabila orang bertanya ..dah ada orang belum .


Bila usia begini normalah bila orang tanya dah ada orang ke  belum ? kalau x ada nak masuk meminang .
Soalan ini akan sentiasa berulang - ulang selagi kita tidak menikah.Bila dah menikah dah ada isi belum ?
Erm ...



Bila sebut perlu buat persediaan untuk bernikah, itu tidak bermakna menyuruh kamu menentukan SIAPA untuk menjadi pasangan hidup kamu nanti.

Yang penting pada melakukan persediaan bukanlah pada SIAPA pasangan kamu dan BILA masanya, tetapi kamu itu sendiri mahu rumah tangga kamu menjadi APA dan BAGAIMANA untuk ummat ini. Maka hendak membentuk rumah tangga menjadi APA dan BAGAIMANA itu, prosesnya b
ermula bukan waktu nak nikah nanti, tetapi bermula dari sekarang lagi. Dari sebelum kamu bernikah lagi.

Ramai orang yang syok-syok cakap tentang nikah. Bila orang lain sembang tentang nikah, dia pun nak sembang juga, tapi diri sendiri tak dibina dan dibaiki. Ada orang pula yang bila ditanya tentang persediaan nikah, katanya belum bersedia. Tak mahu bincang lagi. Belum sampai masalah.

Kena bezakan. Yang penting pada persediaan adalah antaranya kita berusaha membina dan membaiki diri, memperbaiki iman dan akhlak kita, berusaha memperbaiki cara hidup dan cara berfikir kita, dan pelbagai lagi.

Pokoknya, bersedia. Sebab kita bukan nak seronok-seronok nikah, tapi kita nak membina ummah. Nak hasilkan ummah yang baik, maka ia mesti bermula dari unit-unit kecil seperti kita ini. Kalau unit-unit kecil ini pun berterabur dan serabut, bagaimana mungkin dapat membina ummah yang baik?

Maka buatlah persediaan bermula sekarang. Jangan seronok sembang tentang cinta dan nikah saja, tapi kita pula melupakan persediaan dan pembinaan terhadap diri kita.



p/s:
1.saya banyak melihat 3 org abg  dan 1 kakak saya yang  dah berwalimah mengambil contoh mereka bagaimana mereka mendidik anak - anak mereka , pengurusan kewangan, masa & lain...semua nie kena belajar dan perlu ada persiapan dari sekarang terutama yang single ^^.

2.31/OGOS  nie  roadtax kereta dah tamat ,kereta pun nak kena service jugak ..bulan nie kena berjimat sikit.(x nak mintak duit dengan ayah.Cuba guna duit sendiri) 

Wednesday 22 August 2012

Rumah Pusaka



salam Aidilfitri 


saja nak cerita pasal rumah pusaka kami dekat pulau bahagia kalau dulu - dulu orang panggil tempat ini pulau babi then nak bagi nama temapat itu jadi lebih sopan jadi pulau bahagia gitulah menurut cerita ayah  .Dekat sinilah kampung ayah. Rumah hijau itu sebenarnya rumah tok wan saya sejak dia meninggal waktu itu  umur saya 11 tahun lebih kurang 10 tahun dulu ...wah raya baru - baru nie balik ziarah kampung tengok rumah tokwan sudah jadi macam nie sedihnya rasa.

Banyak barang rumah kena curi .

i       : Ayah kenapa x dok orang duduk rumah nie?

ayah : asalnya ayah mie (adik ayah yg jaga tok wan dulu ) dpt rumah nie ,tp disebabkan semua dah ada
         rumah sendiri x adalah org nak duduk rumah nie  lg pun rumah nie jauh dalam kampung ( jauh dr    bandar) .

i       :habis x kan x  cuba sewakan rumah dekat orang lain ke daripada kosong macam tue.

ayah :Dah sewakan dah tapi orang tue x bayar sewa rumah hampir  setahun bil air ,api pun x bayar ?

erm


kadang - kadang terfikir melihat masyarakat kini berlumba - berlumba membuat rumah cantik - cantik ,rumah siapa yang paling lawa ? selepas kita mati rumah itu sebagai apa ? apa  kata kita berlumba - lumba membina rumah siapa yang paling cantik diakhirat nanti .

p/s :post kali nie sebagai kenangan untuk anak cucu cicit


Monday 13 August 2012

Ramadhan terakhir kah














sedihnya rasa Ramadhan akan tinggalkan kita berapa hari sahaja lagi 
rasanya baru sahaja sambut bulan ramadhan yang penuh berkah ini 
bulan yang digandakan pahala .

saya teringat seorang guru pernah kata pada saya 
"jika kita x mampu buat perkara yang baik jangan buat maksiat" simple jer 
tapi bila kita ingat memang kita buat perkara yang baik jer .






Plez !jangan bazirkan ramadhan kita kali ini 
kutip sebanyak mungkin pahala yang  mungkin tidak dapat pada bulan -bulan yang lain.


P/s:
*Pecut maksima dalam beribadah dalam bulan Ramadhan 
*Hati - hati dijalan raya  yang pulang beraya dikampung ingatlah orang yang tersayang