CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 28 January 2012

Manusia

Ibnu Abbas ditanya mengenai lima jenis manusia.Ditanyakan kepadanya:


"Siapakah manusia yang paling dermawan?"

"Manusia yang sanggup memberikan sesuatu kepada orang yang bakhil".


"Siapakah manusia yang paling dewasa?"

"Manusia Yang memberikan kemaafan kepada orang yang menzaliminya."

"Manusia yang bakhil untuk berselawat kepada Nabi Muhammad ".


"Siapakah manusia yang digelar pencuri?"

"Manusia yang yang dalam solatnya,dia tidak menyempurnakan ruku dan sujudnya".


Siapakah manusia yang paling lemah?"

"Manusia yang tidak berdaya menghadapi dunia untuk dimanfaatkan dijalan Allah".



Karya Burhan Sodiq
*sempat temankan umi pergi kedai buku sebentar td,dan terjumpa 1 buku yg menarik hasil karya Burhan sodiq , balik rumah blh habis 2 jam baca buku setebal 178.alhamdulilah dgn berkat kesungguhan

Friday 27 January 2012

Amanah yang diingkari

Ada satu kisah mengenai seorang murid yang meminta kepada gurunya agar siguru mengajarkan nama Allah yang paling besar .Gurunya bersedia untuk mengajarkannya tetapi sebelum itu simurid harus membawa sebuah bungkusan kecil untuk diberikan kepada seorang.

Pesan gurunya," jangan buka bungkusan ini dan jangan lihat apa yang ada didalamnya."
"boleh ," jawab murid tersebut dan bungkusan itu dibawanya.

Dalam perjalanan simurid berfikir tentang bungkusan kecil yang dibawanya .Akhirnya dia tidak dapat menahan perasaan ingin tahu mengenai apa yang ada dalam bungkusan tersebut.Kerana mendengar bisikan syaitan,dia berkata kepada dirinya ,"kalau aku jenguk sedikit sahaja untuk melihat apa yang dalam bungkusan ini,tidak ada salahnya".

Sebaik sahaja bungkusan dibukanya melompat keluar seekor tikus dari dalam bungkusan itu.Tikus itu terus berlari.Dia mengejar tikus itu tetapi tidka berjaya.Kembalilah murid itu kepada gurunya seraya suruh saya membawa tikus?'"

Berkata guru,"kalau aku tidak boleh percaya kepada engkau membawa seekor tikus,bagaimana boleh percaya kepada engkau dengan rahsia tuhan?"

Jelas apabila seorang murid tidak dapat mendengar nasihat dan pesanan seorang guru,sebaliknya mendengar dan mengakui bisikan syaitan,maka hilanglah peluang baginya mendapatkan rahmat daripada Allah.

Wednesday 11 January 2012

Jatuh Cinta dengan dyer

Assalamuailaikum W.b.t


Sekarang saya tengah angau dengan kamera Nikon
warna pink dan putih ,siapa yang baik hati hadiahkan saya
kamera nie ,Ya Allah sy bersyukur sangat.
Sekarang perempuan memang sukar dipisahkan dengan kamare.Dimana
sahaja pergi mesti bawa kamera sekali.




warna pink yang menjadi kegilaan setengah budak perempuan





kalu dapat warna putih pun sudah cukup alhmdulilah.
Sekarang semangat tengah kumpul duit nak beli kamera hebat debak nie .^^