CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 16 September 2013

cara menguruskan duit ketika belajar

sekarang saya nak share macam mana hendak menguruskan duit ketika belajar supaya ibu ayah kita tidak mengeluarkan duit 1 sen pun.

Bagi adik - adik yang sekarang menduduki SPM,STPM,STAM, dan tahun akhir DIPLOMA belajarlah bersungguh - sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, untuk memohon biasiswa bukan pinjaman.

Bagi yang mempunyai cuti yang panjang ambiklah peluang ini untuk berkerja dimana sahaja dan mohon jangan memilih sangat peluang yang kerja selagi tidak membataskan syariat islam ,duit gaji yang dapat simpan untuk keperluan ketika masuk alam universiti nanti.menimba pengalaman berkerja daripada tidak tahu apa - apa kita menjadi tahu .Ilmu yang sedikit kita ada berkembang dengan bergaul dengan orang yang lebih tua,kadang-kadang orang yang lebih tua lebih rasa garam dulu,kita sebagai orang muda cuba rapatkan hubungan dengan orang yang lebih tua korek - korek rahsia mereka yang berjaya dalam hidup ,tidak rugi jika kita berbaik dan cuba rapat dengan mereka ,cuba adik - adik duduk dirumah tidak buat apa - apa hanya makan,tidur,melayari internet dan hanya terperap duduk dirumah umur adik yang masih muda dan gagah dibasirkan macam itu sahaja.Gunakan masa muda kita yang  masih kuat  ini untuk  berkerja memberi idea.Insya Allah adik - adik akan berjaya.

kebiasaanya sebelum masuk sem baru diuniversiti pelbagai perkara yang perlu dibeli .

1.Duit untuk  buku
2.Duit makanan seharian
3.Duit yuran belajar
4.Duit yuran asrama/rumah  sewa
5.Duit untuk gadjet baru
6.Duit alat tulis baru.


Tak akan kita nak sentiasa meminta duit daripada ibu ayah kita cuba berdikari bagaimana nak tambah pendapatan.

Sebagai pelajar pelbagai perkara boleh buat untuk tambah pendapatan yang tidak menganggu waktu belajar kita.

contoh berniaga part time dihujung minggu,jual makanan ke bilik - bilik,jadi pengedar roti di cafe,
jual topup, 

Selamat menimba ilmu,belajar bersungguh - sungguh ,insyaAllah adik - adik akan berjaya .

Tanamkan niat nak banggakan ibu ayah dengan keputusan kita .Buktikan kepada semua kita mampu berjaya dan jadi pakar dalam setiap bidang yang kita ambik.Insya Allah.

Friday, 23 August 2013

Lemah iman

Generasi muda kini mempunyai banyak persoalan dan permasalahan yang pelbagai sehingga meragut nilai moral mereka.Hilangnya adab hormat kepada kedua ibu bapa,membiarkan ibu bapa mereka menangis setiap perbuatan mereka yang sakiti kedua ibu bapa.


Persoalan dan permasalah ini akan selesai jika mereka kembali kepada Allah dengan sebetul - betulnya,dekat diri kepada masjid,berkawan dengan kawan - kawan soleh,mendengar ceramah agama.

Para ulama sunnah wa jammah berprinsip :Iman kadang - kadang bertambah dan kadang - kadang berkurang.

Surah Al-Kahfi :13 "Sesungguhnya mereka adalah pemuda - pemuda yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambah pula mereka petunjuk"

Mereka sentiasa mencari - cari hidayah sehingga akhirnya Allah anugerahkan kepada mereka hidayah.Perbanyakkan ibadah - ibadah sunnah,berinteraksi serta bergaul dengan orang - orang yang soleh serta menghadiri ceramah dan majlis - majlis ilmu dan zikir.

Ingat Allah tidak akan sia - sia segala upaya kita begitu sahaja.

Surah Al-Ankabut:69 "Dan orang - orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami.Kami benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan - jalan kami.Dan Sesungguhnya Allah benar- benar berserta orang -orang yang baik.

Surah Al-Muddatstsir:31 "Dan Supaya orang yang beriman bertambah imanya "

Surah AL-Maidah:3 "Pada Hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah ku-cukupkan kepadamu nikmat-mu dan telah ku-ridhai itu jadi agama bagimi

Iman kita sering kali diuji dengan perkara - perkara yang melemahkan,dihentam perkara - perkara duniawi dan juga diserang pemikiran yang merosak setiap pagi,petang dan malam,Kita tidak mempunyai daya dan upaya kecuali hanya bisa kembali kepada Allah.

Hasan Basri mengatakan,"Iman bukan sekadar keindahan dan hanya sekadar harapan belaka.Tetapi iman itu adalah sesuatu yang tertancap didalam hati dan benarkan oleh amal perbuatan.

"Hati itu kadang hidup,kadang mati.Dia akan sentaiasa hidup dengan ibadah - ibadah yang wajib dan sunnah tetapi ia bisa mati dengan berbagai dosa dan kemaksiatan."


kita kadang - kadang mungkin hairan melihat pemuda - pemudi kini sering kali mengaku bahawa dia mencintai Allah dan Rasulnya,namun dia melakukan perkara - perkara yang bertentangan dengan mereka.

Dia Sering tidur ketika azan subuh masih lagi berkumandang,menjauhkan Al-Quran daripada kehidupanya,memaki dan herdik kedua ibu bapa ,tidak pernah memenuhi hak- hak seorang muslimin.

Lalu dimana keimanan yang dia war-warkan itu?Wahai saudaraku,sesungguhnya iman itu adalah amal dan bukti nyata.

Ibnu qayyim Mengatakan bahawa,"Syarat - syarat taubah nasuhan itu ada tiga :
1.Penyesalan terhadap perbuatan jahatnya.
2.Menghapuskan semua perbuatan jahatnya.
3.Meminta ampun dan maaf.

Awal penyesalan adalah menganggapsemua kejahatan yang telah dilakukan sebagai sesuatu yang besar dan serius."

"Ada tiga golongan manusia yang Allah tidak sudi berbicara ,melihat dan mensucikan mereka pada hari kiamat,dan mereka akan mendapatkan siksaan yang pedih:iaitu orang tua yang berzina,raja yang berbohong, dan orang miskin yang sombongkan diri." 

 

Saturday, 1 June 2013

Tutup sebelum tidur


sumber en.goggle 

1 minit tak tutup lampu

Anak - anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko menghidap leukemia.Para ilmuan menyatakan tubuh perlu pada suasana gelap menghasilkan bahan kimia melawan kanser.Bahkan ketika menyalakan lampu tandas,lampu tidur ,lampu - lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin .Menurut Prof Russle Reiter dari universiti Texas ,sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit ,otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun .Sumber majalah isihat

Wednesday, 29 May 2013

kesaksian seorang doktor part 2



saya sering bertanya kepada diri sendiri, 'Bukankah Allah Ta'ala turun ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan lalu menyeru,

"siapa yang berdoa kepada ku nescaya aku akan mengabulkannya,siapa ynag meminta kepadaku nescaya aku akan memberinya dan siapa yang memohon ampunan  dari ku nescaya aku akan mengampuninya ...........

Apa yang sedang kita lakukan saat Allah Ta'ala menyampaikan seruan-Nya ini?sayangnya kita sedang lelap mendengkur tertidur,tidakkah kita malu kepada Allah Ta'ala saat Dia turun ke langit dunia sedang kita tidur lelap?

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa sallam mendiri solat malam sehingga kedua kakinya bengkak,padahal segala kesalahannya baik di masa lalu maupun masa akan datang ? Beliau menjawab

"Tidak Bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur"

wahai saudara,tidak inginkan anda menjadi salah satu dari mereka yang disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam firmannya.

"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka " s.Al-Furqan :64

sesungguhnya mereka adalah para penghuni syurga Firdaus.

Sungguh keadaan kita saat ini sangat menyedihkan sekali ,saat muzzin mengumandangkan panggilannya dimasjid,ternyata yang hadir hanya satu shaf,itupun kadang tidak sempurna,lalu sang iman menutup shalatnya dengan bacaan salam lalu memandang kebelakang dan mendapati kebanyakan dari makmun sedang sempurna solatnya.



p/s :
1.Sungguh rasa malu dengan Allah time kita gembira kita tinggalkan Allah time kita sedih baru rasa nak kembali kepada Allah .
2.Bagi yang ingin mendapatkan buku ini boleh dapatkan di https://www.facebook.com/pages/Rabbani-Generation-Bookstore/175566755843096?fref=ts



kesaksian seorang doktor part 1






kesaksian seorang doktor yang ditulis sendiri oleh dr Khalid bin abdul Aziz al--Jubair doktor spesialis bedah dan jantung



buku ini mengisahkan kisah - kisah nyata dan keajaiban yang diberi oleh pesakit yang mempunyai hubungan dengan Allah ,kebergantungan diri kepada Allah sangat tinggi,yang mempunyai penyakit yang boleh maut tapi dengan amalan yang hebat dan juga pertolongan Allah alhamdulilah pesakit boleh sihat dengan izin Allah.
Benarlah doktor hanya jadi perantara Allah untuk mengubat pesakit.
doktor hanya menguasai bidang keilmuan dan profesional dan doktor hanya mengikuti perkembangan bidang spesialisasinya.

doktor yang tidak pernah merasa tinggi hati,meskipun ia telah mencapai tingkat akademik yang tinggi,kerana itu akan menghentikannya dari usaha untuk mengembangkan kemampuan bidang keilmuan.
setiap doktor muslim yang tidak pernah putus asa atau bosan dalam meneliti belajar dan berusaha .Walaupun kadang doktor non muslim melalukan usaha yang sama akan tetapi ada satu kelebihan yang tidak terdapat pada doktor non muslim.

contoh dokor muslim jika niat tulus segera menghadap Allah denga segera meminta pertolongan kepada Allah bertaubat semua ini kerana perasaan sangat takut dengan Allah.Perbezaan ini menjadi sumber senjata kepada orang muslim.

ketika orang yang sakit mempunyai hubungan dengan Allah yang menguasai segala penyakit berserta ubatnya,maka saat itu ia telah memiliki ubat yang lebih bagus dari ubat - ubat yang lain.
ketika kekuatan psikologi dan keyakinan seseorang menguat ,maka kedua kekuatan tersebut memaksa penyakit keluar dari dalam tubuh caranya adalah bersandar kepada Allah,bertawakal kepadanya bergantung kepadanya bersimpuh dihadapanna dengan memberikan sedekah,berdoa,bertaubat ,beristighfar,berbuat baik kepada semua makhluk ,menolong orang yang memerlukan pertolongan dan membantu orang yang perlu bantuan.

ubat ini telah dicuba oleh banya orang dan ternyata mereka mendapatkan kemajuan kesihatan dengan pesat yang tidak kungkin dicapai oleh usaha penyembuhan secara perubatan oleh seorang doktor .


'Allahu Akhbar,Allahu Akhbar ,Arsyahadu alla ilaha illalah '...... Itulah suara azan yang terdengar memlalui stetoskop yang diletakan diatas dada seorang pesakit yang meninggal dunia.
Doktor Jasim al-Haditsy berkata, "saya rasa suara itu adalah azan subuh.Kemudian saya bertanya  kepada salah seorang jururawat,"Jam berapa sekarang?"Ia menjawab, Jam satu malam."Saya tahu bahawa saat ini belum tiba saatnya azan subuh,kemudian saya kembali meletakan stetoskop di atas dadanya dan saya kembali mendengarkan azan tersebut dengan sempurna.

Maka saya bertanya kepada keluarga arwah pesakit yang meinggal ini tentang keadaanya semasa hidup,mereka menjelaskan ,Ia berkerja sebagai muadzdzin pada sebuah masji,biasanya ia datang pada masjid seperempat jam sebelum tiba waktu subuh atau kadang - kadang lebih awal lagi,ia selalu menghatamkan Al-Qu'ran dalam tiga hari dan sangat menjaga lisannya dari kesalahan.






Bagi yang ingin mendapatkan buku ini boleh dapatkan di https://www.facebook.com/pages/Rabbani-Generation-Bookstore/175566755843096?fref=ts

Sunday, 26 May 2013

karnival mahhabah ikim 2013


Karnival Mahhabah ikim  anjuran kali pertama ikim di terengganu di TTC terengganu trade center.Rasa sangat teruja sebab sebelum ini pagi - pagi  bawa kereta dengar suara diorang sahaja tapi sekarang boleh lihat secara live. tapi saya bukan jenis yag suka bergambar dengan orang famous.

Alhamdulilah dapat buka booth buku dekat sangat dengan booth ikim dan penaja ikim.Memang mudahlah segala urusan dan kedudukan booth memang strategik.

Ini adalah kerja sampingan saya dengan abang dan alhamdulilah dapat keuntungan yag berlipat ganda tak pernah dapat keuntungan sebanyak ini alhamdulilah.

Tapi agak penatlah first time buka booth hari khamis tue pagi tue dekat sekolah ada sambutan hari guru ,majlis hari prestasi balik rumah sekejap then terus pergi karnival mahhabah ikim bertugas sampai malam.

Pengalaman kali pertama rasa seronok sangat terutama apabila buka booth.

Saturday, 16 February 2013

kenapa hati menjadi keras


Dalam Hadis Nabi Rasulullah s.a.w  yg mulia ada sebut

Kurang lah bercakap selain daripada berzikir kepada Allah ,kerana orang yang banyak bercakap hati dyer akan keras ,dihujung hadis itu Raslullulah s.w.t menyebut Orang yang paling jauh daripada Allah ialah hati yang keras.


Kita bercakap seperti biasa.sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa apa yang aku cakap ini sebagai ibadah.
Contoh Apabila berhadapan dengan makanan:
Alhamdulilah sedapnya makanan nie *walaupun makanan itu tidak seberapa sedap.

semua orang  berpotensi jadi hati yang keras.

Orang Yang Paling Jauh dengan Allah ialah hati yang keras.
Saya mengharapkan apa yang saya bercakap sebagai ibadah . 

Cuba elakkan
1.Bergosip
2.Mengumpat
3.Mengata

Ibu Doakan untuk anak supaya berjaya
Anak doakan untuk ibu bapa semoga ibu ayah diampunkan dosa.
Ayah doakan untuk keluarga supaya keluarga Aman ,bahagia.
Majikan berdoa semoga Syarikat mendapat keuntungan.

semua orang perlukan doa supaya Allah dekat dengan Kita.Macam mana kita nak berdoa kalau Hati Kita Jauh daripada Allah sebab Hati kita keras.




Friday, 15 February 2013

Dear Singles II

hari ini  ramai orang yang dikenali sudah berwalimah ...terasa diri ini masih muda , dan macam tidak layak untuk berkahwin .

Pernikahan, adalah sesuatu yang mulia,sesuatu yang dimuliakan oleh Allah .Namun Single pun mulia jugak , selagi kita beriman dan mengisi masa muda kita dengan sebaik - baiknya.

Hidup ini perlu ada perancangan yang rapi ibarat kita bermain bola sepak di padang yang perlu ada strategi untuk menang dan sumbatkan gol sebanyak mungkin untuk memberi kemenangan.

Namun jika kita ada strategi dan perancagan untuk menang kita akan kalah .

saya masih ingin menikmati berkerja sebagai seorang  bujang yang hidupnya sibuk dengan segala sesuatu yang mendekatkannya dengan Rabb yang walau bila dia mula berfikir tentang jodoh, dia ingin perkahwinan itu melajukan langkah pergerakannya, menjadi sayap kirinya, dan dia tidak kisah jika sekalipun suatu hari nanti terpaksa memangku anak menangis dipangkuan ketika halaqah.

Kepada orang bujang yang masih muda seperti saya; bekerja kuatlah, nikmatilah masa muda; kerana perkahwinan akan selalu membuatmu lupa kepada kemudaan dan ruang bersendirian!

Thursday, 3 January 2013

Hari ketiga Persekolahan.

Semalam merupakan hari ketiga bersekolah..bagi negeri terengganu  dan hari ini merupakan hari cuti bagi pelajar .So sekarang saya jadi pemangku Guru besar ...hohohoho banyak sangat kerja rasa nak patah    
pinggang , tulang *tetiba nak pergi spa boleh mengurut...seminggu sebelum memulakan sekolah  dah sibuk membuat persediaan nak sambut pelajar baru. Sampai dalam mimpi pung duk pikir.

Semalam memang kelakar sebab  ada seorang pelajar saya yang lama tak mahu pergi sekolah baru dyer. dyer nak masuk sekolah nie jgak.Waktu tue  saya baru parking kereta  sampai disekolah .bila tengok miror kereta terpandang seorang budak menangis tapi bila tengok balik baju yang budak tue pakai bukan pelajar sekolah saya.Dan bila saya pergi dekat baru saya cam rupa - rupanya pelajar sekolah saya tahun lepas.

Dyer menangis x mahu pergi sekolah baru  yang hanya jarak 300 meter dengan sekolah ini..
Waktu tue hujan dan pelajar saya  berjalan seorang diri daripada sekolah baru  dan datang ke sekolah nie.Kemudian saya minta pelajar sy  masuk sekolah .Saya pung terus maklumkan kepada pihak sekolah baru dyer bahawa ada pelajar dyer  disini.Dan lepas tue saya terus call mak pelajar tersebut dan  alhamdulilah masih lagi simpan maklumat pelajar tahun lepas ....

Kemudian selepas rehat saya minta cikgu yang tidak mengajar minta hantar pelajar kesekolah baru dyer .

Haish macam - macam perangai budak - budak layan jerlah.Cikgu doakan semua anak - anak murid cikgu jadi soleh, solehah boleh membantu orang lain dan orang lain boleh menumpang kita.

P/s:
ayat - ayat tungang langgang sekali.