CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 27 January 2012

Amanah yang diingkari

Ada satu kisah mengenai seorang murid yang meminta kepada gurunya agar siguru mengajarkan nama Allah yang paling besar .Gurunya bersedia untuk mengajarkannya tetapi sebelum itu simurid harus membawa sebuah bungkusan kecil untuk diberikan kepada seorang.

Pesan gurunya," jangan buka bungkusan ini dan jangan lihat apa yang ada didalamnya."
"boleh ," jawab murid tersebut dan bungkusan itu dibawanya.

Dalam perjalanan simurid berfikir tentang bungkusan kecil yang dibawanya .Akhirnya dia tidak dapat menahan perasaan ingin tahu mengenai apa yang ada dalam bungkusan tersebut.Kerana mendengar bisikan syaitan,dia berkata kepada dirinya ,"kalau aku jenguk sedikit sahaja untuk melihat apa yang dalam bungkusan ini,tidak ada salahnya".

Sebaik sahaja bungkusan dibukanya melompat keluar seekor tikus dari dalam bungkusan itu.Tikus itu terus berlari.Dia mengejar tikus itu tetapi tidka berjaya.Kembalilah murid itu kepada gurunya seraya suruh saya membawa tikus?'"

Berkata guru,"kalau aku tidak boleh percaya kepada engkau membawa seekor tikus,bagaimana boleh percaya kepada engkau dengan rahsia tuhan?"

Jelas apabila seorang murid tidak dapat mendengar nasihat dan pesanan seorang guru,sebaliknya mendengar dan mengakui bisikan syaitan,maka hilanglah peluang baginya mendapatkan rahmat daripada Allah.

No comments:

Post a Comment