CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 6 March 2012

Kenapa semua orang pilih yang hebat

Ramai orang bila nak kahwin, mimpikan calon pasangan yang hebat. Cemburu pula bila tengok orang lain dapat orang yang hebat.

Hebat itu, ditafsirnya sebagai apa? Mereka melihat sesetengah orang sebagai hebat kerana dikenali, pandai itu dan pandai ini, figure dalam masyarakat, dan mereka dengan mudahnya menganggap jika dia hidup bersama orang seperti itu, maka dia akan bahagia.

Saya kira amat malang jika 'hebat' ditafsir semudah itu.

Hebat yang betul bukan semata-mata dilihat hebat oleh manusia. Hebat yang betul adalah kesediaan mengubah sikap, kematangan bertolak ansur dengan pasangan, kerendahan hati dengan orang sekeliling dan keterbukaan untuk mengorbankan ego dalam diri sendiri.

Saya jumpa ramai orang hebat ( yang dilihat hebat ) tetapi gagal dalam sikap. Terlalu defensif, egoistik, merasa dirinya sahaja yang betul dan mengkritik segala kemajuan orang lain.

Orang begini, bila berkahwin, tahulah dia langit itu tinggi atau rendah :)

No comments:

Post a Comment