CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 10 April 2012

Noorah


Penulis Buku Ummu Hani Kagum dengan penulisan beliau http://ummuhani.com


Alhamdulilah akhirnya dapat jugak baca buku Noorah, itu pun pinjam buku daripada cikha (mak saudara) mimi my little cousin belikan hadiah utk mama dyer pandai .

Alkisahnya dah 2 kali hampir nak beli buku Noorah namun time tue Allah x bagi .

first time tue ada program Pewaris kat bandar kuala terengganu n sebagai urusetia mestilah kena pantau perjalanan program ,tp yang x bestnya x ingat hdk bawak duit,second time masa kat Jalan Tar KL ,rampang mata nak beli buku kalu boleh nak angkut 1 kedai tapi Allah masih jugak tidak mengizinkan.

Bagi saya buku Noorah nie saya bagi markah 9/10 ,sangat menginsafkan diri ...supaya menjadi betul - betul seorang mukmin.Cerita bagaimana kesungguhan noorah dalam memeluk islam ,merantau mengutip ilmu semata - mata hendak mengenal Islam.walaupun saat dia mula mengenal Islam,ujian datang dengan seribu wajah.

Peristiwa penculikan anak- anaknya menjadi mimpi ngeri.4 tahun dia nanar tanpa anak - anak .Suatu ketika dia ingin membuang resah yang mengulit jiwa lalu dia mengadu pada-nya.Jika anak - anak memang ditakdirkan tidak bersamaku lagi aku redha nya Allah.Aku serahkan segalanya pada-mu.Engkaulah maha mengetahui yang terbaik untuk anak - anak ku dan juga diri ku.

Hanya setelah lafaz redha itu diucapkan barulah berita mengenai anak - anaknya muncul satu persatu hingga akhbar The Irish Mirror di Ireland membantunya .Pertemuan kembali dengan anak - anaknya bagai hadiah Allah yang besar selepas dia mengucap kalimah syahadah.

P/S :Buku ini sangat laris sampai nak beli buku ini di kedai Banggol Kuala terengganu hanya tinggal 1 sahaja lagi itupun x sempat nak ambik sebab ada orang sudah membelinya beberapa minit sebelum saya sampai.

No comments:

Post a Comment