Bila usia begini normalah bila orang tanya dah ada orang ke belum ? kalau x ada nak masuk meminang .
Soalan ini akan sentiasa berulang - ulang selagi kita tidak menikah.Bila dah menikah dah ada isi belum ?
Erm ...
Bila sebut perlu buat persediaan untuk bernikah, itu tidak bermakna menyuruh kamu menentukan SIAPA untuk menjadi pasangan hidup kamu nanti.
Yang penting pada melakukan persediaan bukanlah pada SIAPA pasangan kamu dan BILA masanya, tetapi kamu itu sendiri mahu rumah tangga kamu menjadi APA dan BAGAIMANA untuk ummat ini. Maka hendak membentuk rumah tangga menjadi APA dan BAGAIMANA itu, prosesnya b
ermula bukan waktu nak nikah nanti, tetapi bermula dari sekarang lagi. Dari sebelum kamu bernikah lagi.
Ramai orang yang syok-syok cakap tentang nikah. Bila orang lain sembang tentang nikah, dia pun nak sembang juga, tapi diri sendiri tak dibina dan dibaiki. Ada orang pula yang bila ditanya tentang persediaan nikah, katanya belum bersedia. Tak mahu bincang lagi. Belum sampai masalah.
Kena bezakan. Yang penting pada persediaan adalah antaranya kita berusaha membina dan membaiki diri, memperbaiki iman dan akhlak kita, berusaha memperbaiki cara hidup dan cara berfikir kita, dan pelbagai lagi.
Pokoknya, bersedia. Sebab kita bukan nak seronok-seronok nikah, tapi kita nak membina ummah. Nak hasilkan ummah yang baik, maka ia mesti bermula dari unit-unit kecil seperti kita ini. Kalau unit-unit kecil ini pun berterabur dan serabut, bagaimana mungkin dapat membina ummah yang baik?
Maka buatlah persediaan bermula sekarang. Jangan seronok sembang tentang cinta dan nikah saja, tapi kita pula melupakan persediaan dan pembinaan terhadap diri kita.
p/s:
1.saya banyak melihat 3 org abg dan 1 kakak saya yang dah berwalimah mengambil contoh mereka bagaimana mereka mendidik anak - anak mereka , pengurusan kewangan, masa & lain...semua nie kena belajar dan perlu ada persiapan dari sekarang terutama yang single ^^.
2.31/OGOS nie roadtax kereta dah tamat ,kereta pun nak kena service jugak ..bulan nie kena berjimat sikit.(x nak mintak duit dengan ayah.Cuba guna duit sendiri)
No comments:
Post a Comment