CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 5 October 2012

Tangki Air kereta kering

Baru - baru nie hantar umi Ayah pergi Haji ,alhamdulilah umi ayah naik di Airport sultan Mahmud bukan DiKLIA dan memudahkan kami adik beradik untuk menghantar Umi Ayah.Lebih kurang 4 buah kereta bertolak,jadi kami adik- beradik berbincang untuk breakfast dirumah mak saudara kami digong badak.Terima kasih mak sue sediakan breafast yang super duper sedap.Ada nasi lemak ayam goreng ,spagheti slurpp sedap lah pulak .



Waktu dirumah mak saudara abang saya minta tukar kereta jadi saya terpaksa bawak kereta lain.Baru keluar 3 minit keluar rumah mak su tetiba saya tengok temperature kereta naik .Aduh mula risau sikit sebab jalan semakin jem dah lah dalam kereta penuh dengan anak saudara kecil + mak saudara + k.ipar  tetapi saya cuba cool sebab jarak antara rumah mak su dengan airport dalam 500 meter.Aduh masa nie lah kereta buat hal.Saya nampak kereta abang saya pergi sebelah kiri tempat turunkan jemaah haji .

lepas tue kereta abang & kakak saya yang lain menghala sebelah kanan tempat parking .Time nak cari parking dahlah jalan jem jalan macam  semut saya tengok temperature hampir merah terus saya matikan enjin takut lah jugak tetiba enjin kereta meletup dahlah ramai budak - budak dalam kereta.Asap mula berkepul dekat enjin saya mintak adik saya duduk sebelah panggil kakak saya duduk dihadapan tolong  tengok  kereta saya.

Alhamdulilah kereta belakang tak bising ..kakak saya cuba start balik kereta dan  letak kereta ditempat double  parking  .Saya pulak terus call my abang beritahu situasi keadaan sebenar dan mintak diorang jangan beritahu umi ayah tak nak bagi mereka risau.

Kebetulan ada petugas yang sediakan makanan untuk waris keluarga yang menghantar jemaah haji  tawarkan diri untuk jaga kereta sementara nak bagi enjin kereta sejuk.Alhamdulilah ada orang sudi tolong.Lepas salam ,cium ,peluk dan menangis umi ayah ,kami adik beradik pergi ditempat lokasi kejadian.Bila buka bonet rupa - rupanya 2 tangki air kering memang patut pun enjin berasap, alhmadulilah penyakit tidak berjakit  ke bahagian komponen yang lain.Kalau tidak beratus duit melayang .Fuh! 

penat menunggu kereta siap dibaiki 

p/s - lepas ini kena pastikan kereta berada keadaan baik sebelum berjalan.


baru seminggu mereka berangkat 

No comments:

Post a Comment