Seorang lelaki datang datang menghadap Amirul Mukminin,Umar Al-Khattab.Ia melaporkan kepada Rasulullah tentang kedurhakaan anaknya.Khalifah Umar lanatas memanggil anak yang dikatakan derhaka itu dan mengingatkannya terhadap bahaya derhaka kepada orang tuanya,anak itu mengatakan .
"wahai Amirul mukminin ,tidakkah seorang anak yang mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh orang tuanya ?" "Ya'" jawab khalifah .Apakah itu?" tanya anak itu.Khalifah menjawab, Ayah wajib memilihkan ibu yang baik buat anak - anaknya, memberi nama yang baik dan mengajarinya Al-Quran." Lantas sang anak menjawab, Wahai Amirul Mukminin .Tidak satupun dari tiga perkara yang ditunaikan ayahku.Ibuku Majusi ,namaku Ja'lan , dan aku tidak pernah diajarkan membaca Al-Quran ."
Umar Bin Khattab lalu menoleh kepada ayah dari anak dan mengatakan, " Anda datang mengadukan kedurhakaan anakmu, ternyata ANda telah mendurhakainya sebelum ia mendurhakaimu .Anda telah berlaku tidka baik terhadapnya sebelum ia berlaku tidak baiak kepada Anda."
Tadi terbaca sirah yang cukup pendek dalam buku Cinta di rumah Hasan Al- Banna, tersentuh dengan kisah sirah yang cukup pendek ini. Bagaimana kita bakal menjadi seorang Ibu dan Ayah perlu memilih pasangan yang terbaik untuk anak - anak kita.kadang - kadang kita sering melihat manusia sekarang hendak berubah diri selepas kahwin bagi saya ini satu kesilapan. Persediaan menjadi seorang ibu dan ayah adalah sebelum kahwin.
Misalnya kita dahulu suka cakap perkara yang kotor,dan terbawa - bawa sampai kahwin dan didengar oleh anak - anak kita yang kecil, tidak mustahil suatu hari nanti anak kita turut sama cakap perkara yang kotor terhadap kita.Aduh mesti pedih ,mendengarnya.
Kekadang bagi seorang gadis sering disuruh oleh ibu kita melakukan kerja - kerja rumah tangga, dan pasti perasaan malas menghantui kita.Sebenarnya kita harus menerimanya dengan berlapang dada kerana ibu kita mahu kita berlatih membuat kerja -kerja rumah tangga, namun jika kita terus bermalas sampai keanak pasti kita boleh fikirkan keadaan rumah kita ketika itu.
Jadi sebelum kahwin pastikan persediaan bekalan ilmu cukup bagaimana menghadapi rumah tangga terutama dan yang utama ketika berkomunikasi dengan anak - anak.
p/s ;Tercari buku Tarbiyatul Awlad karangan sh Abdullah Nasih Ulwan
Saturday, 5 May 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment